STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Buku ini menyingkap segala persoalan mengenai apakah pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh peIajar sebelum, semasa malah selepas menghadapi peperiksaan. Ia turut menyediakan tip-tip sebelum memasuki dewan peperiksaan, doa-doa khusus menghadapi peperiksaan, panduan membuat jadual study yang efektif dan sebagainya. Garapan serta olahan yang umum juga mebolehkan sesiapa sahaja yang bakal berdepan dengan peperiksaan boleh menjadikan buku ini sebagai panduan yang amat berguna.
PETUA MENJADI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH GEMILANG
Anda harus ingat bahawa kecemerlangan tidak bertepi. Anda boleh meneroka dan menerobos sejauh sempadan galaksi cakerawala. Penerokaan manusia sentiasa berkembang dan terus maju. Anda juga mampu melakukannya! Minda anda telah cukup matang untuk menerima segala bentuk input.
MENEROBOS SEMPADAN DIRI
Diri anda sebenarnya mampu melakukan "wonders" lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu memilikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil atau sasaran terlalu kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuh tembok itu dan menerobos sempadan diri.
MENANGANI SIFAT MARAH
Buku ini mengupas serba sedikit berkaitan sifat marah agar kita dapat menilai dan mengenali diri kita, sejauh mana sikap dan akhlak yang kita tonjoIkan selama ini serta berusaha memperbaiki diri ke arah membentuk jiwa dan peribadi yang unggul. Lengkapilah diri kita dengan ilmu dalam menangani sifat marah daripada buku ini.
No comments:
Post a Comment